rumahpenerbitan Suarasuara

Suarasuara is a passion-based publishing house founded to celebrate and liven up the creativity, talent and ability of our society.

Saturday, August 29, 2009

Kata Suara : 'Mengenang Rendra : Suarasuara Generasi Baru ', 15 Ogos 2009


raja ahmad aminullah







Malie ( Usratika)





Azuan Affendi





Khairussy Syakirin






Nikbinjidan





Abdullah Jones





Rozan Azen





Rahmat Haron





Rahimidin Zahari





Usop dan Sani Sudin ( Kopratasa)





Alina





Pyanhabib





Meor folk





A.Rahim Abdullah





Aishah Baharudin









(Seniman 1 )

(Sajak buat almarhum WS Rendra)


Seniman yang lantang bersuara itu

telah tiada lagi.


Burung merak, & rajawali

yang membebaskan diri daripada

pasung dan jeriji buatan manusia itu

telah tiada lagi.


Suara yang bergema

menggeletik dan mengincar

dan menyanggah kepura-puraan itu

telah tiada lagi


Tapi

daripada lembaran kertas di mana

tertuangnya tinta selama puluhan tahun itu

suara-suara itu tetap akan menyelinap masuk,

ke bawah sedar.....


suara-suara itu akan terus

hidup,

menggerak nurani

untuk bukan saja menyambung kata

atau menyambut kata

malah mengilhamkan usaha


suara-suara itu akan terus hidup

menjadi teguran

buat mereka yang sedia ditegur

atau igauan bagi

para tiran atau diktator

mahupun calon tiran atau calon diktator.......




raja ahmad aminullah

15 Ogos 2009

**dibacakan ketika acara Kata Suara ‘ Mengenang Rendra : Suarasuara Generasi Baru’